Status Perempuan di Oman

Perempuan Oman dewasa ini mempunyai kekuatan undang-undang yang melindungi hak-hak politik mereka sepenuhnya. Mereka terlibat politik dalam masyarakat sama seperti laki-laki. Mereka memiliki hak untuk memilih dan untuk dipilih dalam pemilu.

Kaum wanita memegang jawatan menteri di Kesultanan dan dilantik sebagai duta besar luar negara. Ahli-ahli parlimen wanita terdapat dalam kedua-dua Majlis A’Shura (Majlis Pemufakatan) maupun di Majlis ad Dowlah (Majlis Diraja). Kaum wanita memegang jawatan rasmi pada semua peringkat,  berkhidmat dalam tentera dan mencakupi hampir separuh daripada kakitangan kerajaan.

Dalam sektor swasta terdapat wanita yang bukan sahaja bekerja sebagai pegawai tetap tetapi juga pada jawatan pengurusan dan eksekutif dan sebagai ketua Pegawai Eksekutif serta pemilik syarikat. Tiada industri yang ditutup kepada wanita. Undang-undang Oman menetapkan cuti bersalin dan pembayaran yang sama untuk pekerjaan yang sama.

Semua undang-undang dan peraturan di Oman dewasa ini memberi peluang yang sama kepada wanita dalam perniagaan, tenaga kerja, pengkhidmatan awam dan insurans sosial.

Kerajaan menubuhkan pusat literasi  dan menjadikan pendidikan wajib bagi anak perempuan , dan cukup berjaya! Sejak itu peratusan anak perempuan yang belajar telah demikian meningkat, sehingga perlu untuk memperuntukkan kuota bagi kaum pria di Universitas Sultan Qaboos.

Juga ada pelbagai kelab dan perkumpulan yang berkaitan dengan isu-isu wanita. Mereka diamanahkan dengan pengajaran, pelatihan dan memperluas jumlah peluang bagi wanita. Sama ada wanita berkahwin atau tidak, dia harus mampu untuk menyara hidup dan menyumbang kepada perlindungan kewangan keluarga.

Di dalam banyak masjid terdapat bilik ibadat khas terutamanya bagi wanita. Kaum Wanita belajar tentang agama dan Al Quran dari wanita lain yang memberi perhatian khusus kepada hal ini. Untuk mencapai matlamat ini diasaskan "Pusat untuk Arahan Agama Wanita" di mana wanita.juga mengajar.